Bersempena karnival Cempaka Festival 2018 anjuran setiap tahun Kolej Cempaka Universiti Malaysia Sarawak, Bengkel KlikGrafik – Graphic Design For Beginner telah berlangsung pada 17 dan 18 November yang lalu.

Seramai lebih dari 20 orang peserta yang terlibat dalam bengkel kali ini, bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang di Bilik Tun Mahathir Kolej Cempaka. Program dikendalikan oleh pengasas dan trainer dari KlikGrafik, Saudara Arif Radzi.

Menariknya, program ini disertai oleh pelajar-pelajar dari penetap luar dan pelajar kolej kediaman serta staf universiti yang ingin menambahkan pengetahuan mengenai asas rekabentuk grafik.

klikgrafik-cempaka-festival-2018

Rata-rata peserta memberi maklumbalas yang amat positif terhadap program seperti ini, dan akan meneruskan pembelajaran rekabentuk grafik bagi membantu mereka dalam merekabentuk bahan pengajaran dan pembelajaran seperti poster bagi tugasan mereka di kelas.

View this post on Instagram

Bengkel KlikGrafik – Graphic Design For Beginner pada 17 dan 18 November 2018 di Bilik Tun Mahathir Kolej Cempaka. Photo by Zila/MediaCF/KlikGrafik

A post shared by MEDIACempaka 🐯 (@mediacempaka) on

View this post on Instagram

Bengkel KlikGrafik – Graphic Design For Beginner pada 17 dan 18 November 2018 di Bilik Tun Mahathir Kolej Cempaka. Photo by Zila/MediaCF/KlikGrafik

A post shared by MEDIACempaka 🐯 (@mediacempaka) on

KlikGrafik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kolej Cempaka dan Universiti Malaysia Sarawak atas kerjasama untuk menganjurkan program ini, dan mengharapkan program seperti ini akan berterusan pada masa akan datang – KlikGrafik

Berita berkaitan :