Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak telah menganjurkan program Web Design & Photoshop Workshop pada 17 Oktober lalu. KlikGrafik telah dijemput untuk menjadi tenaga pengajar jemputan bagi program berdurasi sehari ini.

Program yang berlangsung bersempena ‘Engineering Week UNIMAS 2018’ adalah dengan kerjasama The Institution of Engineers Malaysia, IEM-SAFE UNIMAS Student Section.

Bertempat di Makmal Komputer, Jabatan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Saudara Arif Radzi daripada KlikGrafik telah menyampaikan asas-asas laman web dan koding HTML pada sesi pagi, dan asas-asas penggunaan Adobe Photoshop pada sesi petang.

KlikGrafik ingin mengucapkan terima kasih kepada Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak atas jemputan program, dan semoga kolaborasi akan berterusan pada masa akan datang.

Berita berkaitan :

Bengkel bantu pelajar hasilkan grafik berkualiti
Bengkel KlikGrafik Kolej Cempaka 2019 yang berlangsung di Bilik Tun Mahathir dekat sini amat membantu pelajar untuk menghasilkan hasil kerja
Baca lagi...
klikgrafik-cempaka-disember-2018
Kelab MEKAR jalankan Photoshop Workshop
Kelab MediaCempaka Revolution (MEKAR) Kolej Cempaka, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan Photoshop Workshop pada 16 Disember lalu di Bilik
Baca lagi...
klikgrafik-unimas-fakulti-ekonomi-2018 (15)
Pelajar Pemasaran UNIMAS tambah ilmu asas grafik
Lebih daripada 110 orang pelajar tahun akhir jurusan Pemasaran, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menghadiri Adobe Illustrator
Baca lagi...