Pelajar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak melepaskan peluang untuk hadir ke Bengkel KlikGrafik Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop pada 25 November 2017 di fakulti berkenaan.

Trainer yang juga pengasas jenama KlikGrafik, Arif Radzi telah diberikan peluang bagi mendedahkan perisian reka grafik yang sering digunakan bagi menghasilkan karya grafik yang bermutu, seterusnya membantu para pelajar bagi menghasilkan tugasan dengan lebih baik.

View this post on Instagram

KlikGrafik sedia menerima pelajar universiti seluruh Malaysia untuk belajar grafik dengan mudah! . Jika universiti anda ingin mencari kelas asas grafik, kami sedia membantu. PM kami segera untuk kami bantu anda. . #KlikGrafik #KelasPhotoshop #KelasIllustrator

A post shared by KlikGrafik (@klikgrafik) on

Slot yang dikendalikan bermula jam 2.30 petang hingga 6.30 petang ini dianjurkan bersempena Entrepreneurship Week 2017, yang turut dihadiri oleh penasihat program yang juga pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Puan Fadilah Siali dan pihak AKUsahawan serta Jawatankuasa Persatuan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS sesi 2017/2018.

KlikGrafik mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan bagi kami mengendalikan program, dan pastinya kolaborasi pada masa akan datang.

Berita berkaitan :

Bengkel bantu pelajar hasilkan grafik berkualiti
Bengkel KlikGrafik Kolej Cempaka 2019 yang berlangsung di Bilik Tun Mahathir dekat sini amat membantu pelajar untuk menghasilkan hasil kerja
Baca lagi...
klikgrafik-cempaka-disember-2018
Kelab MEKAR jalankan Photoshop Workshop
Kelab MediaCempaka Revolution (MEKAR) Kolej Cempaka, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan Photoshop Workshop pada 16 Disember lalu di Bilik
Baca lagi...
klikgrafik-unimas-fakulti-ekonomi-2018 (15)
Pelajar Pemasaran UNIMAS tambah ilmu asas grafik
Lebih daripada 110 orang pelajar tahun akhir jurusan Pemasaran, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menghadiri Adobe Illustrator
Baca lagi...