Lebih daripada 110 orang pelajar tahun akhir jurusan Pemasaran, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menghadiri Adobe Illustrator Workshop – Flash Class pada 29 November lalu. Program di bawah kursus teras Promosi oleh pensyarah Dr. Norazirah Haji Ayob ini adalah bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang proses membuat sesuatu projek grafik seperti pembungkusan produk dan poster kempen.

Trainer dari KlikGrafik, Saudara Arif Radzi telah diberikan peluang untuk memberikan tunjuk ajar kepada para peserta di Dewan Kuliah Central Teaching Facilities (CTF) 2. Kelas yang bermula pada jam 8 pagi telah dimulakan dengan pengenalan asas reka grafik dan penggunaan peralatan dalam Adobe Illustrator secara asas.

klikgrafik-unimas-fakulti-ekonomi-2018 (15)

Para peserta juga diberikan tugasan untuk menyiapkan poster pemasaran produk secara berpasangan bagi membolehkan peserta mengaplikasikan perisian Adobe Illustrator untuk masa akan datang. Walaupun pelajar diberikan penerangan yang ringkas, namun para pelajar berjaya untuk menghasilkan poster yang menarik.

klikgrafik-unimas-fakulti-ekonomi-2018 (15)

KlikGrafik ingin mengucapkan terima kasih kepada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, terutamanya Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni atas peluang yang diberikan kepada KlikGrafik untuk mengadakan program ini, dan harapan untuk kolaborasi pada masa akan datang.

Berita berkaitan :